Mr NuFF

Sunday, February 27, 2011

Menguap ? .......

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”.. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.

HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah... ' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAlla h.

Allahu a'lam.


" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "

Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Thursday, February 24, 2011

Sikap kejam pencuri beras


AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.



IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.
Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.
Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.

p/s sekejam itu kah anda ?.  dulu duit syiling ini beras pulak ....

MANDI WAJIB ? 
 Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu...

Mandi wajib yg betul.....
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kita yang perasan!!!"
Wassalam.

Wednesday, February 23, 2011

Ape ni ? ?

Haiii kengkawan...ari ni saya jumpa link baru...sambil bw kat blog2.....
cuba klik kalo nak tau...harap2 kengkawan semua pon bole join...

terima kasih kepada bunga - syieda ...
terima kasih daun keladi ...
lain kali beritahu lah lagi ..

Monday, February 21, 2011

Maika - Etnik Bag

KONOKA BIRU STRIPE 
SIZE : 13IN ( L ) X 11 IN ( H )
CODE : KBS 01
PRICE : RM 45
MAIKA - RED ULUWATU 
SIZE : 18 IN ( L ) X 17 IN ( H ) 
CODE : MRU 02
PRICE : RM 55
MAIKA - GREEN ULUWATU 
SIZE : 17 IN ( L ) X 17 IN ( H ) 
CODE : MRU 03
PRICE : RM 55
 
MAIKA - ORANGE MARBEL 
SIZE : 15 IN ( L ) X 14 IN ( H )
CODE : MOM 04
PRICE : RM 50
 MAIKA - RED KASTURI 
SIZE : 18 IN ( L ) X 14 IN ( H )
CODE : MRK 05
PRICE : RM 55 
MAIKA - SMALL CASE 2 COMPARTMENT 
SIZE : 5 IN ( L ) X 3 1/2 IN ( H ) 
CODE : MSC 06 
PRICE : RM 20 
MAIKA - SMALL CASE 2 COMPARTMENT 
SIZE : 5 IN ( L ) X 3 1/2 IN ( H ) 
CODE : MSC 07
PRICE : RM 20 

Backpack - Maika


Konoka Happy Kids Backpack

Konoka Happy Kids Backpack 
Size : 14 inc ( H ) x 11 inc ( L )
Code : KBP 01
Prize : RM 50
Konoka Happy Kids Backpack 
Size : 14 inc ( H ) x 11 inc ( L )
Code : KBP 02
Prize : RM 50
Konoka Happy Kids Backpack 
Size : 14 inc ( H ) x 11 inc ( L )
Code : KBP 03
Prize : RM 50
Konoka Happy Kids Backpack 
Size : 14 inc ( H ) x 11 inc ( L )
Code : KBP 04
Prize : RM 50
Konoka Happy Kids Backpack 
Size : 14 inc ( H ) x 11 inc ( L )
Code : KBP 05
Prize : RM 50
 

Sunday, February 20, 2011

GA lagi ....

  Shida jalan jalan tadi , ada GA lagi . shida nak joint lah , bukan ape nak memanjangkan silaturahim dengan teman teman yang lain  . walaupun tak pernah menang . belum rezeki namanya tu ...yang penting penyertaan . so kalau sesiapa nak joint , jom lah ..sekali ni GA dari  GA NITA

Ini n3 nye ....

Salam..hari ni saya nak adakan GA sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung ,pembeli dan rakan PML yang sangat saya hargai. 
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :
1. Jadi follower blog saya - dah jadi follower yang ke 102
2. Link kan blog saya dlm blog list anda - dah link dah ...
3. buat N3 GA ni dalam blog anda - dah juga
4. Sejak bila mula minat PML ( pinggan mangkuk lama )? - semenjak dua menjak ni ...
5. Apakah koleksi PML anda yang pertama? - acuan kuih lompang - turun temurun dari arwah nenek ..
6. Pada pendapat anda, antara koleksi berikut, yang mana paling banyak peminat; - bunga kangkung ..
a) Koleksi Bunga Kangkung
b) Koleksi Twin Rose
c) Koleksi 5 roses
d) Koleksi Hitam ( Bunga Rose jambatan, bunga padi, ros hitam dan kekwa hitam )
e) Koleksi Kek wa merah
f) Koleksi Meakin/ J & G ( pink, biru, kuning dan hijau )
Tarikh tutup GA ini ialah pada 22/2/2011. Sila email pada pasttimes74@yahoo.com untuk maklumkan nama penuh, alamat dan contact no. Hadiah nya seperti berikut :
TEMPAT 1 - 1 SET TRIO ROYAL ALBERT PRELUDE
TEMPAT KE 2 - DECO PLATE ROSES BY PRISTINE




TEMPAT KE 3 - 1 SET CAWAN KOPI JOHNSONS BROS ETERNAL BEAU


Jom..join ramai2...tq. Keputusan akan diumumkan pada 25/02/2011..

Saturday, February 19, 2011

Tissue cover

Tissue cover
Material : Cotton / patch
Price : Rm 20


Thursday, February 17, 2011

1st Giveaway ' My Little Souvenir '...

Shida baru balik dari jalan jalan , tengok souvenir ni cantik pulak , so dengan ini
Shida rasa nak tambah lagi hadiah untuk GA  ..Inilah souvenir untuk GA tu ..
 Key Chain dari Padang Bukit Tinggi ...
SO 
SEkarang ada 4 souvenir untuk 6 pemenang termasuk
misteri gift untuk follower shida ..
GA ni still open till 9 mar 2011 ,
masih ada peluang lagi .....
Jommmm !!!!!






Friday, February 11, 2011

Maulidur Rasul Giveaway ..

Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. 

Terima kasih kepada .
Dengan giveaway sempena sambutan Maulidur Rasul ..

MAULIDUR RASUL GIVEAWAY

* entry terlekat sehingga 12 Rabiul'awal 1432H

Alhamdulilah seperti yang dijanjikan
Kami di Bayt Al-Iman ada sesuatu yang istimewa untuk semua
Iaitu GIVEAWAY yang pertama dari kami
Bertujuan menyemarakkan lagi perasaan kasih, cinta, sayang dan rindu kita kepada junjungan mulia Nabi kita, Rasulullah SAW.


SYARATNYA MUDAH SAHAJA!


1. Letakkan banner MAULIDUR RASUL GIVEAWAY diatas di sidebar blog anda dan link kan ke entry ini (syarat utama) . TIADA paksaan untuk membuat entry.


2. Hanya perlu pilih SATU jawapan sahaja. Soalan adalah seperti berikut:

Rasulullah SAW telah menganjurkan beberapa syariat menyambut kelahiran bayi terutama tuntutan pada hari ke-7 kelahirannya. Antara yang berikut, yang mana satukah tidak sempat/Allah tidak mentakdirkan berlaku pada hari ke-7 kelahiran putera kami, Muhammad?
(A) Memberi nama
(B) Aqiqah
(C) Bercukur
(D) Khitan/Sunat/Jawi

Hint: Boleh rujuk label Diari MUHAMMAD


3. Nyatakan jawapan anda di ruangan komen entry ini dengan format jawapan berikut:
Nama:
URL blog:
Jawapan: A, B, C atau D


4. Sekiranya semua memilih jawapan yang tepat, putera kami Muhammad sendiri yang akan memilih seorang pemenang secara undian manual (cabutan bertuah;)


5. Tarikh tutup adalah pada hari Isnin 14 Februari 2011 selepas maghrib (mengikut kawasan masing-masing) dan insyaAllah pemenang akan diumumkan pada keesokkan harinya bersamaan 12 Rabiulawal 1432H iaitu ulangtahun junjungan mulia Rasulullah SAW.



HADIAHNYA:









1 set Intellect Building Block Toys
Inspire the children's imagination and creativity

Cenderahati khas dari tanah tumpah darah ayah ;)


Jemput semua join ramai-ramai!

Wednesday, February 9, 2011

1st Giveaway ' My Little Souvenir '...

Assalamualaikum teman teman semua...
Dah lama shida simpan hasrat nak buat 1st giveaway ni ...no special occasion untuk
giveaway ni cuma sekadar menghargai teman teman blogger ( esp to Na ) and followers yang banyak bagi info yang berguna .


So jom lah joint '1st Give Away My Little Souvenir ' dari shida ni ...Souvenir dari New zealand and Bandung.

Syarat syaratnya ? Senang aje ...

1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog and warga negara malaysia sahaja ..
2. Follow blog My Little Gift Shoppe dan juga Rossa Bella Collections
3. Add ' My little gift shoppe ' and Rossa Bella collection ke  blog list .anda ..... ..
4. Letakkan banner 1st Giveaway ' My Little Souvenir ' side bar blog anda dan link kan banner
    with this  blog
5. Buat satu nice entry ' 1st Giveaway My Litte Souvenir .
6. Tinggalkan comment and link anda di entry ini.
7. Tagkan 5 orang teman blog anda ..

Inilah hadiah hadiah nye ...
 1 medium pouch / fridge magnet and key chain...
1 medium pouch / fridge magnet and key chain...
1 medium pouch / fridge magnet and key chain...
1 medium pouch / fridge magnet and key chain...
1 medium pouch / fridge magnet and key chain...
 
 yang ini pula 1 medium pouch / alas gelas 2 pcs and new zealand key chain ..

Additional  info ...
Ada misteri gift untuk followers shida ..

Pemilihan pemenang adalah secara random ye ..Tarikh tutup GA ialah pada 9hb Mar  2011 .

UPDATE ON 1ST GA MY LITTLE SHOUVENIR ...
Terima kasih pada teman teman yang dah joint GA Shida ...yang belum sila silakan lah .Kat bawah
Shida update kan nama nama yang dah joint dan bakal bakal pemenang Ga ni ...

35.http://jueleecontest.blogspot.com - juelee
36.http://lisaafhacontest.blogspot.com - lissa 
37.http://superfirasct.blogspot.com - firas ct
38.http://gacontestsunsweetz.blogspot.com - ms suns Weetz
39.http://kasihfarhana.blogspot.com - farhana
40.http://gengggkapak.blogspot.com - kak ngah
41.http://ilovecontestblog.com - mrs asida
42.http://contestcontestcontest.blogspot.com - nadratul
43.http://nettskerepek.blogspot.com - nadiah
44.http://erawatie18.blogspot.com - eraWaTie
45.http://sofiah-andaikutahu.blogspot.com - sofiaHB
46.http://nurnuha-syakila.blogspot.com - syakila
47.http://taufidris.blogspot.com - taufidris
48.http://ikapukpuk-contest.blogspot.com - ika puk puk
49.http://inirasahatiku.blogspot.com - kasih.annur
50.http://imyuyuyiyi.blogspot.com - nuruljannah
51.http://cintazatil.blogspot.com - zatil
52.http://affeen.blogspot.com - norhafinaliza
53.http://cikdya.blogspot.com - Cik Dya
54.http://rosrusli-contest.blogspot.com - ibu ayra
55.http://gacontestku.blogspot.com - qilah
56.http://myapeapeaje.blogspot.com - cikpuanhady
57.http://l0vec0ntestgiveaway.blogspot.com - misz lovely
58.http://alycia-dan-contest.blogspot.com - alycia
60.http://hanyacontestdantagged.blogspot.com - siti nuraffiza
61.http://yusgca.blogspot.com - yus
62.http://wahidayatulaswa.blogspot.com - wahida
63.http://rinna57.blogspot.com - cute mummy
64.http://my-niezzareena02.blogspot.com . Nm02
65.http://giler-contest.blogspot.com - adlin
66.http://kakyong-sukasuka.blogspot.com - kak yong
67.http://my-khalish.blogspot.com - eITA
68.http://izancute.blogspot.com -izan cute ..
69.http://nabila-suka-contest.blogspot.com - nurul nabila
70.http://mycontestzone.blogspot.com - nadiah sidek
71. http://love-giveaway-and-craft.blogspot.com - ana
72.http://misszgardencontest.blogspot.com - MiSsZ
73.http://fasyafrina.blogspot.com - LYA m@m@ ASYA
74.http://inahasan.blogspot.com - ina hassan ..
75.http://aanie.blogspot.com - aanie mama adam ..
76.http://cydaacmecontest.blogspot.com - MaMa CyDa
77.http://iedaimmi.blogspot.com - ieda
78.http://gacontestzulyana83.blogspot.com - zanna .
79.http://chilloutcontest.blogspot.com - fideila
80.http://norazwa50.blogspot.com - muslimah vouge
81.http://diariummi-contest.blogspot.com - izan ishak
82.http://qard91.blogspot.com - Qard91
83.http://emmileen.blogspot.com - leen
84.http://nonaswc.blogspot.com - butique4u
85.http://fatinlovecontest.blogspot.com - noor fatin
86.http://tulisukesuke.blogspot.com - myzasuki
87.http://dyahahaslittlecottage.blogspot.com - dyahaha
88.http://zueannaleeya.blogspot.com - Zue Annaleeya
89.http://nellythestrange.blogspot.com - nelly
90.http://rosilahi.blogspot.com - rosilah
91.http://inasepi.blogspot.com - ina sepi
92.http://sukasukimain2.blogspot.com - eT
93.http://chinky-winky.blogspot.com - MiMie AddNin
94.http://arwendanish.blogspot.com - eL
95.http://ayuayu101.blogspot.com - ayuselalu
96.http://segalanyerkuterima.blogspot.com - segalanya kuterima
97.http://layanga.blogspot.com - lili
98.http://tungkukayu.blogspot.com - imanmom
99.http://blogjuniza.blogspot.com - juniza
100.http://stilettoworld.blogspot.com - liyana shana
101.http://akulahstrawberry.blogspot.com - MaIzUrA
102.http://jomjoincontest.blogspot.com - Ems family
103.http://thecolourfulisland.blogspot.com - ctnurkhijah
104.http://luvnabilndamia.blogspot.com - aNiM
105.http://erynaraisyajoincontest.blogspot.com - mama Raisya
106.http://www.akmarwati.com - Akma Faizal
107.http://deqlis-contest.blogspot.com - deqlis
108.http://mieramomochan.blogspot.com - meira momo chan
109.http://sukahati-fieda.blogspot.com - fieda

Closed : 09th mar 2011 ...@2359 hrs

Sunday, February 6, 2011

Harta Presiden Mesir AS$70 bilion?


SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak berhampiran Terusan Suez di Mesir.



KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.
Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.
Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.
Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.
Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.
Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.


Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.
Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.
Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.



Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).
Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).
Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.
"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.
Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.
Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi


p/s ...sesungguhnya kekayaan itu tak akan kekal lama ...

Thursday, February 3, 2011

Jom lah joint GA sulong dari Aida ...

Shida terbaca n3 dari cikgusity ..tentang GA sulong dari AIDA .
Jom lah joint GA ini ye ...cepat cepat closing date nye dah dekat tu ...
N3 Nye
Bersempena cuti perayaan kali ini AIDA ingin buat GA sulong (bermula sekarang sehingga sabtu ni 5hb Februari). GA ini adalah penghargaan kepada kengkawan yang sama-sama mencorakkan dunia PML dan semoga persahabatan Aida dan kengkawan di alam maya dan realiti berpanjangan hendaknya.

Okey ! Syarat-syarat penyertaan adalah :

(1) Mestilah jadi follower aida dulu ye - Shida dah jadi follower dah ...
(2) Entri GA ini dan linkkan blog anda. - sudah juga ..
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment. - done...
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja ye - .alamat saya di Malaysia ...

Boleh kan ? Jangan lupa email nama, contact no dan alamat ye di aida_sah2000@yahoo.com. Aida sediakan 2 hadiah untuk GA ini yang akan aida cabut undi pada hari ahad ini..harap kengkawan semua suka ye.. Selamat mencuba !!

HADIAH PERTAMA- set makan Indian Tree Wedgewood tureen beserta 5 mangkuk mungkum

HADIAH KEDUA- Sakura Chinese teaset untuk 6 beserta sekeping piring

Penyakit dalam kapal terbang

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
afzan.kasiman@kosmo.com.my



 
TEKANAN udara semasa pesawat berlepas dan mendarat boleh mengganggu kestabilan telinga tengah.



MEMILIH untuk menaiki kapal terbang ke destinasi pilihan tentunya memberi keterujaan apatah lagi jika ia pengalaman pertama.
Namun, dalam keseronokan untuk terbang, masih ada perkara yang perlu diambil berat demi memastikan keselesaan anda sebagai penumpang di sepanjang penerbangan.

Ini kerana boleh dikatakan hampir semua penumpang kapal terbang tidak dapat lari daripada merasai tekanan di bahagian dalam telinga ketika pesawat hendak berlepas mahupun mendarat.
Gangguan sindrom telinga pesawat yang juga dikenali sebagai airplane ear atau barotrauma ini boleh mengakibatkan telinga berdengung dan rasa sakit di bahagian dalam telinga.

Penumpang sering berdepan dengan gangguan yang sama setiap kali menaiki kapal terbang, adakalanya kesakitan tersebut boleh mengundang masalah lain seperti pening dan loya.
Apa yang lebih teruk, keadaan ini boleh berlarutan selepas beberapa jam pesawat mendarat.
“Apa yang anda alami bukan perkara biasa. Biasanya, penumpang hanya mengalami sedikit tekanan dan telinga berdengung, tetapi selepas pesawat mendarat, ia sudah hilang sepenuhnya.
“Mungkin kesihatan yang kurang baik ketika menaiki kapal terbang memburukkan lagi tekanan telinga pesawat yang dialami,” ulas Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Raymond Tan Suan Kuo.

Ditafsirkan sebagai kecederaan pada bahagian telinga tengah, gejala tersebut disebabkan oleh perubahan tekanan udara sewaktu dalam penerbangan.
“Tekanan telinga pesawat boleh berlaku di kedua-dua belah telinga.


Seperti dicucuk
“Ia akan lebih serius apabila penumpang terbang ketika sedang mengalami selesema, hidung tersumbat, alahan hidung, tekak atau jangkitan resdung.
“Gejala yang sama juga boleh berlaku jika memandu di kawasan pergunungan atau berada di tempat yang tinggi serta ketika menyelam skuba,” jelas Raymond.

Menurutnya lagi, tekanan udara yang tidak seimbang di antara telinga tengah dan tekanan udara persekitaran boleh menghalang gegendang telinga bergetar secara normal.
“Apabila tekanan udara persekitaran berubah secara mendadak, saluran eustachia yang menghubungkan bahagian tekak dan telinga tengah tidak dapat memberi reaksi pantas yang boleh menyeimbangkan tekanan menjadi punca gangguan ini terjadi.

TEKANAN berada di tempat tinggi boleh membuatkan telinga kanak-kanak berdengung dan sakit. Tekanan yang melampau pula mampu mengakibatkan telinga tengah bocor.


“Telinga akan berdengung dan akan lega jika mengunyah atau menelan makanan,” ujarnya.
Bagaimanapun, bagi penumpang yang mengalami tekanan yang disusuli rasa sakit seperti bahagian dalam telinga dicucuk dengan benda tajam, Raymond memberitahu itu bukan gejala biasa.
“Jika saluran eustachia tersebut tersumbat atau mempunyai masalah lain seperti jangkitan kuman, tekanan di telinga tengah boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.
“Pendengaran akan mulai merosot, telinga tidak selesa, berdengung, pendarahan daripada telinga yang boleh menyebabkan pening dan kesakitan dalam telinga yang berpanjangan,” katanya.
Apa yang lebih membimbangkan, gangguan ini boleh mendatangkan risiko besar kepada kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.
“Tekanan ini mampu membocorkan telinga tengah dan mengakibatkan lebih banyak masalah. Telinga mereka akan sakit dan rasa tidak selesa, itu menyebabkan mereka kuat menangis.
“Segera periksa telinga anak anda selepas tangisan mereka reda. Jika ada lelehan nanah atau darah, bawa segera anak berjumpa doktor untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Nanah
Kebocoran telinga tengah boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar kerana ia berfungsi sebagai dinding penutup bahagian dalam dan luar telinga, sama seperti jika perut anda bocor hingga menampakkan usus dan isi perut.
“Apabila disahkan ada kebocoran pada telinga tengah, ritma kehidupan mereka turut terganggu.
“Pesakit tidak boleh berenang kerana air yang memasuki telinga akan menyebabkan telinga mendapat jangkitan kuman.
“Jika itu berlaku, telinga mudah bernanah. Pesakit juga sentiasa terdedah kepada pencemaran seperti habuk dan terpaksa menanggung kesakitan apabila mendengar bunyi yang kuat. Pembedahan perlu dijalankan untuk menutup semula kebocoran tersebut,” tambahnya.

PEMERIKSAAN telinga perlu segera dilakukan sekiranya gejala telinga pesawat tidak berkurangan.


Bagaimanapun, sekiranya telinga bocor ini dialami oleh kanak-kanak, mereka terpaksa menunggu hingga usia 16 tahun untuk dibedah.
“Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko untuk mendapat tekanan telinga pesawat yang membawa kebocoran dalam telinga .“Jika kebocoran terjadi, pembedahan tidak terus dilakukan kerana bahagian dalam telinga kanak-kanak masih kecil dan perlu menunggu umur sekurang-kurangnya 16 tahun untuk dibedah.

“Gangguan tekanan telinga pesawat biasanya timbul daripada masalah kesihatan yang lain. Jika anda merancang untuk menaiki kapal terbang atau menyelam skuba, pastikan kesihatan anda berada di tahap yang baik.“Pesakit resdung dan penghidap selesema atau jangkitan hidung berisiko untuk mendapat tekanan yang lebih teruk berbanding penumpang yang sihat,” nasihatnya.

P/S ...pastikan anda mempunyai sesuatu untuk di kunyah seperti asam atau gula gula getah semasa 
         waktu berlepas dan mendarat .Para ibu pula di galakkan menyusukan bayi pada ketika ini ..
         Kesian bila dengar kanak kanak mengangis , kita yang dewasa ni terasa sakitnya ini kan pula anak
         anak kecil ...

Wednesday, February 2, 2011

Yuk ke Bandung kita 2011 ....part 2 ..

Day 2 ....

Actually ramai juga Malaysian yang stay kat Hotel Karmila ni . Kita orang turun break fast lambat sikit .
So masa nak gi break fast dah ramai kaum kaum ibu Malaysia yang tengah tunggu pak supir ..nak pergi tour kata nye and ada pula yang continued their trip ke jakarta .
break fast ? makan ape yek ..
served breakfast and 1 cup of coffee ..
oh ya before that kena isi dulu borang ni ...nak makan ape ...thick aje ..
Nasi goreng ...
The coffee ...

Lepas break fast , kita orang pergi tour ke Tangkuban Perahu , ladang strawberry and factory outlet....
Pak Supir sudah tunggu ....1 day ( 12 hours ) for 500000 rupiah ...boleh
accomodate for 5 person ..

on the way to Tangkuban , tertarik dengan papan tanda niiiiii....
Di puncak Tangkuban ...sejuk sangat ..Pak supir kata bulan Dec and Jan ..memang sejuk ..compared
other months ..
lepas tu kita orang ke kebun strawberry pula ...
 
Entrance fee 5000 rupiah yang boleh di tukar kan dengan jus strawberry ..
manis......

 
 
 
 
 
 
 
 


 
 All the factory outlets dekat Jalan Dago ...
Rumah Mode ( Modey ) di Jalan Setiabudhi ..
All the factory outlet di Jalan Cihampelas ..

Dinner kat mana  pulak untuk 2nd nite ni ...? ...Tak kan nasi padang lagi so kita org makan kat ...
Halal ya buk ...

Day 3 ...

Oleh kerana semalam terlalu penat so tak jadi tukar hotel . 3rd day pula kita orang nak ke pasar baru .
Petang semalam masa kat factory outlet terjumpa dengan 1 couple ( Malaysian ) . Mereka kata mereka stay
kat Kenagan Hotel near Pasar Baru ...Very nice hotel and murah pulak tu . Walaupun dekat dengan
pasar baru and jauh dari factory out let itu tak menjadi masaalah kerana pak supir kan ada , cakap aje mana nak pergi mesti dia akan bawa . So kita orang decided to change hotel and gamble to stay at Kenangan Hotel ni ..Sampai kat Kenagan Hotel ni , Shida dah jatuh hati ...WHY ...walaupun kecil but very clean ...itu yang penting ...
lepas check in kita orang ke pasar baru , nak gi window shopping lah kata kan ..
Inilah dia pasar baru ..
Asyik dengan window shopping terlupa pula yang perut ni perlu di isi..
( menyanyi lagu keroncong )
kita orang pergi makan kat food court
 kat tingkat 6 ..
Gado Gado ...
Es kelapa and avacado ..
ABC...
Jajan di sepanjang tepi jalan pasar baru ....
Another factory outlet ...
Dinner kat mana ye malam ni ...?
Kat mana ni ye ?...
KFC ...lain bonar menu dio ...ish ish ish ...whipped potato tak ado ,
coleslaw pun tak ado ..set menu eee...itu yo ....ayam makan dengan nasik ..
kosong bukan nasi ayam 
nugget pun tak ado ..lamo pikir nak makan apo ..last last order
chicken burger ...kawan den order sokotol ayam .....12000 rupiah 
Lepas ni tak payah lah makan KFC kat cni ..kalau teringin bonar nak
makan ...tunggu iyolah balik malaysia ..
Sebelum balik hotel Pak supir bawa kita orang pi beli Kek Brownies Amanda ..
Amanda brownies kukus...terkenal kat Bandung ..
buah tangan dari Bandung ...
Rupa rupa nye ...Hotel Royal Dago ni bersebelahan dengan amanda ni ..
Satu kotak ni 24000 rupiah ...lagi satu yang terkenal dengan kek nya...Kartikasari ..kita orang 
singgah aje kat Kartikasari ni , tak beli pun ...

DAY 4 .
Break fast ? Served break fast juga . Ingat nak turun pukul 0800 pagi , tengok tengok dia orang
dah hantar ke bilik..
Sepinggan nasi goreng dan secawan air teh ..
kita lepak lepak sementara tunggu nak check out . Penat and wallet pun dah kosong ..
Check out pukul 11 pagi ..Pak Supir dah tunggu dah kat lobby..

--------------------------------------

Home Sweet Home ...To Malaysian welcome home ...