Mr NuFF

Friday, February 11, 2011

Maulidur Rasul Giveaway ..

Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. 

Terima kasih kepada .
Dengan giveaway sempena sambutan Maulidur Rasul ..

MAULIDUR RASUL GIVEAWAY

* entry terlekat sehingga 12 Rabiul'awal 1432H

Alhamdulilah seperti yang dijanjikan
Kami di Bayt Al-Iman ada sesuatu yang istimewa untuk semua
Iaitu GIVEAWAY yang pertama dari kami
Bertujuan menyemarakkan lagi perasaan kasih, cinta, sayang dan rindu kita kepada junjungan mulia Nabi kita, Rasulullah SAW.


SYARATNYA MUDAH SAHAJA!


1. Letakkan banner MAULIDUR RASUL GIVEAWAY diatas di sidebar blog anda dan link kan ke entry ini (syarat utama) . TIADA paksaan untuk membuat entry.


2. Hanya perlu pilih SATU jawapan sahaja. Soalan adalah seperti berikut:

Rasulullah SAW telah menganjurkan beberapa syariat menyambut kelahiran bayi terutama tuntutan pada hari ke-7 kelahirannya. Antara yang berikut, yang mana satukah tidak sempat/Allah tidak mentakdirkan berlaku pada hari ke-7 kelahiran putera kami, Muhammad?
(A) Memberi nama
(B) Aqiqah
(C) Bercukur
(D) Khitan/Sunat/Jawi

Hint: Boleh rujuk label Diari MUHAMMAD


3. Nyatakan jawapan anda di ruangan komen entry ini dengan format jawapan berikut:
Nama:
URL blog:
Jawapan: A, B, C atau D


4. Sekiranya semua memilih jawapan yang tepat, putera kami Muhammad sendiri yang akan memilih seorang pemenang secara undian manual (cabutan bertuah;)


5. Tarikh tutup adalah pada hari Isnin 14 Februari 2011 selepas maghrib (mengikut kawasan masing-masing) dan insyaAllah pemenang akan diumumkan pada keesokkan harinya bersamaan 12 Rabiulawal 1432H iaitu ulangtahun junjungan mulia Rasulullah SAW.



HADIAHNYA:









1 set Intellect Building Block Toys
Inspire the children's imagination and creativity

Cenderahati khas dari tanah tumpah darah ayah ;)


Jemput semua join ramai-ramai!

No comments:

Post a Comment