Mr NuFF

Wednesday, May 5, 2010

SELAMAT HARI IBU ...

Bila mimpiku hilang ditelan gelombang
Kau larik angan indah
Memanggil bintang turun
Agar aku tak berduka lagi

Bonda
Hayat mu pada urat-urat wajah tua
Tersimpan seribu cerita suka dan duka
Masih senyum dalam tangismu
Hati mampan menangkis derita

Bonda
Tangis malam mencarik mimpimu
Dinihari begitu kudus diribaanmu
Aku tahu siapa
Yang melayan nakalku
Yang menyuap santapku
Yang mendakap lenaku
Yang menyuluh jalanku

Aku wanita kini
Yang terleka menari tari kemelut materialistik
Pada ruang hutan batu yang serba keliru
Namun mengenangmu
Aku terasa dipandu
Sematkan bunga kasih ku
Untukmu Bonda, wanita hidup ku

*terima kasih buat anak-anak yang jauh di mata namun senantiasa dekat di hati.

TERIMA KASIH KEPADA IBU UMMIYATI ...posted from her blog ..

Tuesday, May 4, 2010

BERAS HALUS KAN KULIT

NENEK moyang kita dahulu tidak pernah menggunakan produk penjagaan kulit atau kosmetik bagi mencantikkan kulit muka. Sungguhpun demikian mereka jarang sekali menghadapi masalah kulit seperti jerawat batu, jerawat seperti ruam, kulit kusam gelap, kulit kering, menggelupas dan sebagainya.

Namun pada hari ini, terdapat pelbagai masalah kulit yang dialami baik oleh wanita mahupun lelaki. Di antara penyebab kepada masalah ini ialah tekanan, pencemaran alam sekitar, asap kenderaan, pemakanan, terdedah pada panas matahari dan banyak lagi.

Apa pun, apabila banyak masalah yang terjadi, banyak pula produk yang dicipta bagi mengatasi masalah tersebut.

Apa kata jika kita kembali mencuba petua lama yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu..

Umpamanya air beras boleh digunakan bagi mencuci muka dan berkesan bagi membuang kotoran, minyak dan mencerahkan kulit muka.

Semasa membasuh beras untuk dimasak, tadah airnya dan gunakan untuk mencuci muka.

Lebih baik lagi jika baki air beras yang berwarna putih itu dilumur perlahan pada muka kerana mempunyai banyak khasiat.