Mr NuFF

Saturday, September 18, 2010

Abah Abah - Keselamatan atau Penghinaan

Anak masih bebas bergerak




HAMPIR setiap kali keluar membeli-belah, pasangan Mohd. Azmi Mamat, 33, dan Salman Azztha Sulaiman, 32, akan menjadi perhatian. Sekali-sekala, ibu bapa kepada dua orang anak kecil itu turut didatangi orang yang tidak dikenali. Mereka ini sebenarnya tampil untuk memberi kata-kata sokongan.
Semuanya kerana tindakan kedua-dua ibu bapa moden itu mengikat anak-anak mereka dengan menggunakan abah-abah keselamatan (harness) setiap kali berada di luar rumah. Idea penggunaan kaedah itu ke atas kedua-dua orang anak mereka, Muhammad Adam, 4 dan Muhammad Daniel, 3, sebenarnya bersebab.
Di negara-negara Barat seperti Britain dan Switzerland yang pernah dikunjungi, senario ibu bapa ‘mengikat’ anak ketika keluar bersiar-siar merupakan satu perkara biasa. Tindakan itu juga tidak dilabelkan sebagai satu kesalahan besar.

Enam bulan selepas Adam dan Daniel memakai abah-abah, pasangan itu mengakui kelebihan dan keberkesanan produk itu bukan hanya untuk kanak-kanak tetapi juga bagi orang dewasa.
“Panjang tali untuk kawal jarak anak adalah sekitar 1.5 meter. Jadi, anak masih bebas berjalan, tetapi dalam lingkungan terkawal,” tambah Salman yang merupakan suri rumah sepenuh masa.
Dilempar persepsi negatif

MOHD. AZMI dan isterinya, Salman kadangkala diingatkan sendiri oleh anak-anak mereka untuk memakaikan abah-abah sewaktu keluar membeli-belah.


Pada awal penggunaan produk itu, Azmi dan Salman terpaksa bersabar dengan pelbagai pandangan negatif orang lain terhadap tindakan mereka. Kritikan biasa seperti, ‘Menarik anak seakan-akan binatang’, cukup menghiris perasaan.
Tidak mempedulikan pandangan sesetengah pihak yang menganggap tindakan mengikat anak sebagai kejam, mereka tetap dengan pendirian peribadi.
Pasangan itu percaya bahawa penggunaan abah-abah adalah kaedah terbaik demi keselamatan si kecil. Malah, selain mampu mengurangkan risiko kehilangan anak, ibu bapa tidak perlu bimbang anak kesayangan akan merayau jauh ke kawasan yang berbahaya atau diculik.
Sama ada berada di pusat beli-belah mahupun ketika melintas di jalan raya, ibu bapa tidak perlu lagi bermandikan peluh mengejar anak mereka.
“Sekarang bila keluar rumah, anak sendiri yang minta untuk dipakaikan abah-abah. Mak mentua sendiri pun dah belikan satu untuk cucunya yang seorang lagi di Johor Bahru,” tambah Azmi sambil memberitahu kedua-dua orang anaknya dibenarkan memilih corak abah-abah keselamatan mereka.

Hakikatnya, penggunaan abah-abah dalam kalangan kanak-kanak bukan satu fenomena moden. Di negara-negara Barat, abah-abah dipercayai telah wujud seawal abad ke-17 sehingga ke-19. Imej kanak-kanak menggunakan sejenis tali pengikat ketika baru belajar berjalan banyak direkodkan dalam lukisan pada era itu.
Tetapi, populariti penggunaan abah-abah melonjak sekitar abad ke-20 seiring dengan kepesatan pembangunan bandar-bandar besar. Perasaan bimbang terhadap bahaya anak berjalan di jalan raya mendesak majoriti ibu bapa mengambil langkah menggunakan abah-abah. Keadaan ini memberi peluang kepada golongan pengeluar untuk mempelbagaikan rekaan model abah-abah itu.
Beri anak masa

PEMAKAIAN abah-abah pada tubuh anak turut dilengkapi dengan aspek keselamatan yang kukuh.



Pada tahun 1990-an, penggunaan abah-abah keselamatan untuk kanak-kanak kecil seperti tidak pernah diketahui di Malaysia.

Masyarakat hanya sedar tentang keperluan untuk mengawal anak menerusi kaedah baru selepas berlaku kejadian kehilangan anak berprofil tinggi seperti ke Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin kira-kira tiga tahun lalu. Yin yang berusia lima tahun pada ketika itu telah terlepas daripada pandangan bapanya di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Berikutan kejadian itu, wanita dari Bumi Kenyalang itu mula memperkenalkan abah-abah keselamatan dua-dalam-satu di bawah jenama tempatan, Bumble Bee sekitar dua tahun lalu. Abah-abah keselamatan keluaran jenama itu adalah lebih moden dan hadir dengan rekaan binatang yang lebih comel.


Kesan psikologi

ABAH-ABAH keselamatan dua dalam satu berjenama Bumble Bee ini hadir dalam enam rekaan berbeza.


Pengasas Tommi Guard Child Safety Harness, Maureen Dempsey Baker dalam laman web yang dikendalikan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) adalah bukti betapa senangnya mengawal anak dengan abah-abah. Malah, penggunaan abah-abah dengan reka bentuk tertentu dipercayai mampu mencegah kecederaan pada tubuh anak.

Jelasnya, pakar pediatrik pernah menyatakan bahawa kebanyakan kecederaan umum biasanya terjadi pada bahagian bahu dan lengan apabila ibu bapa menarik anak yang jatuh ketika memegang tangan mereka.
“Tetapi penggunaan abah-abah dapat membantu memberi petunjuk kepada anak sambil membenarkan sokongan pada bahagian paling kuat mereka iaitu dada,” tambahnya.

Seorang pakar pediatrik, Dr. Ling Shiang Yih yang dihubungi Kosmo! bagaimanapun berpendapat, kanak-kanak tidak sepatutnya ‘diikat’ untuk mengehadkan kebebasan mereka. Sebaliknya, menerusi pendidikan dan disiplin yang betul, anak hiperaktif juga boleh ‘dijinakkan’. Bilangan anak yang kecil dalam kebanyakan keluarga hari ini juga bermakna tidak timbul masalah untuk ibu bapa memberi didikan berkualiti kepada anak.

“Saya rasa penggunaan abah-abah keselamatan pada anak adalah satu tindakan melampau. Adalah normal jika seseorang kanak-kanak itu aktif,” katanya sambil memberitahu, setiap kanak-kanak berhak menikmati sedikit kebebasan yang berpatutan.

Sementara itu, Pakar Psikologi Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Samsilah Roslan berkata, buat masa ini belum terdapat kajian konklusif mengenai kesan negatif penggunaan abah-abah oleh kanak-kanak.

Baginya, hubungan akrab atau perapatan (bonding) antara ibu bapa dan anak yang terpupuk sejak zaman kanak-kanak lagi adalah perkara paling mustahak. Perapatan yang baik terbentuk ketika anak berusia sekitar setahun hingga tiga tahun. Tindakan tersebut boleh memberi kesan positif terhadap tumbesaran anak apabila dewasa nanti.
“Kalau ibu bapa boleh pegang, sentuh atau dukung anak termasuk ketika berada di luar rumah, itu lebih baik.
“Jadi, abah-abah keselamatan boleh menjadi pilihan terakhir ataupun hanya sebagai sokongan,” katanya kepada Kosmo! sambil menekankan kepentingan mendidik anak menerusi perbualan.

Safety Harness

It is a 2-in-1 Safety Harness, where it works as a safety harness, and also doubles up as a pretty backpack for your little child, with the removable strap being removed.
Safety harness really works to ease your mind while bringing your little child around in the areas like roadside, shopping malls or anywhere else that is crowded.

10 comments:

  1. Harta bende lain kite blay jaga, takkan anak sendiri tak leh jaga...jgn terlalu ambik mudah soal anak..dia adalah anugerah dr ALLAH s.w.t..wassalam.

    ReplyDelete
  2. kadang kadang ape yang ada depan mata , kita buat buat tak nampak , kita leka and bila dah dah tak ada , baru lah menyesal and barulah nak menghargainya ...orang yang tak ada anak mencari dan berusaha untuk mendapatkan anak tapi yang dah ada pula nak tinggal dan buang anak ..betullah tu Mat Ganu ...anak itu adalah anugerah dr Allah

    ReplyDelete
  3. salam kak shidah.

    pada pendapat saya...saya rela dukung aleya jika berada dlm keadaan sesak...
    saya tdk pernah tgk abah-abah secara dekat...tapi boleh ke di percyai ketahanan talinya....kalau blh di potong makna keselamatan anak2 msh tdk terjamin...

    ReplyDelete
  4. salam azlina ,

    actually abah abah ni famous kat oversea ...mat dan minah salleh tu selamba aje pakai kan abah abah tu kat anak mereka ...kesian juga tengok ank anak mereka tu ...bila di ikat nampak mcm ganjil pulak ..betul tu azlina ...bila kita dukung anak tu ...terasa kemesraan dan kasih sayang yang mencurah terhadap anak tersebut ..

    ReplyDelete
  5. jgn ckp mcm tu......mungkin anda tidak dianugerahkan anak2 yg hyper active dan xde pengalaman dgn mereka....ank2 hyper active sgt sukar dikawal....bila dukung dia meronta2 dan menangis.....kita pegang tgn dia berguling2 minta dilepaskan......setiap kanak2 berbeza sifatnya.....abah2 salah 1 jln penyelesaian....

    fikirlah dr setiap sudut & keadaan.....

    ReplyDelete
  6. anonymous ...tq for sharing ...actually ramai yang sms saya tanya tentang abah abah ni ...maaf saya kata saya tak jual but for sharing purpose . walaupun saya tak ada anak tapi experience dgn anak saudara yang hyperactive memang menyukarkan untuk mengawalnya ...last last saya dah belikan untuk anak saudara saya abah abah ...cantik pink butterfly ...cuma my sister kata , anak saudara agak rimas bila di pakaikan and minta di buka ..so sesiapa yang berminat dengan abah abah ni boleh buka FB ...The Little One Boutique ...harga rm 41.90 INCLUDING POST ..BELILAH ...( PROMOTE SKIT )
    TQ anonymous ...

    ReplyDelete
  7. Pd saya...kalo kwsn tu kita boleh kawal persekitarannya spt taman permainan..tidak perlu la abah2..tetapi sekiranya mahu pergi ke shopping complex yg pastinya ramai org..xsalah memakaikan abah-abah pd anak terutamanya yg aktif..kerana anak2 yg aktif tidak mahu duduk diam..dia akan berlari sana sini, kalo naik troli pun hanya utk seketika shj..selepas itu dia akn merengek utk berjalan sendiri...ada yg mengatakan jgn la bawa anak ke shopping complex jika itu menyusahkan....tp kadang-kala anak juga ingin berjalan2 dan sesetgh ibu bapa tiada babysitter jd terpaksa membawa anak mereka..jd ini adalah salah satu penyelesaian...sekurang-kurangnya kita masih boleh mengawal pergerakannya...jika kita pegang tgn pun, anak itu akan berjaya melepaskan diri....jika berdukung pun, dia akan meminta utk turun..jln terakhir..biarkan dia berjalan tp dgn kawalan...

    ReplyDelete
  8. mcm mana nk order abah2 ni...beli katne yerr..?

    ReplyDelete
  9. Yup lizawati its true..sape xda ank yg hyperaktive myb rs bnda ni mcm xsesuai..tp sape yg ada anak aktif sgt sure rs perlu abah abah ni...ikutla kesesuaian dan keperluan msg2. Suma bnda dicipt psti ada fungsinya

    ReplyDelete
  10. Maaf yer... org tak pernah rasa.. tak kan paham.. anak saya umur 4 tahun.. berat 24kg.. hyper aktif.. larat ke encij atau puan2 sekalian dukung setiap kali keluar dari rumah.. setiap kali pergi ke kedai atau pasaraya.. mmg ada troli.. kita boleh letak anak dlam troli kat pasaraya tu.. tapi dah nama hyper aktif.. tak de nya dorang nak duduk lama2.. last2 nak kluar.. pastu.. kejap2 hilang.. nak beli barang penat lebih pada kejar anak..

    ReplyDelete