Mr NuFF

Thursday, August 19, 2010

Rumah Amal Kasih Bestari

Masa nak pergi pasar malam  , Shida betul betul  pening kepala ....tengah memikirkan apalah  aktiviti untuk club  for this year ...ish ish betul betul ketandusan idea . Nak buat tournament bowling , department lain dah buat . Paintball pun dah sudah .Annual dinner ...tak kan lah pulak ...mesti hujung tahun .Dah hampir setengah tahun satu aktiviti pun tak ada  lagi .Dalam masa dok mencari idea shida terpandang satu banner ....
Yes yes ...dah dapat idea ...apa kata sempena menyambut bulan ramadhan  kita buat amal jariah , menolong kepada sesiapa yang memerlukan pertolongan . Shida pun menghubungi nombor yang tertera dan dapat
berhubung dengan Kak Wan isteri Ustaz Hamzah .

Salam ukhwah kami disambut oleh Kak Wan dengan tangan terbuka . Kak Wan kata tak kisah lah apa
jua sumbangan yang diberikan , Kak Wan terima . Sempena nak menyambut hari lebaran Kak Wan  prefer barang barang dan bahan untuk membuat kuih raya . Rumah kasih ada bakery dan mereka akan buat jualan amal sempena menyambut hari raya ..

Temu janji termetri , Shida dengan Boss Shida , committee members and ' the body guards ', telah ke rumah
amal kasih bestari . Dibawah ada info yang boleh di jadikan rujukan jika ada sesiapa yang nak menghubungi
Rumah Amal Kasih Bestari .

Anak anak di Rumah Amal Kasih Bestari seramai 30 orang melangkaui umur diantara 5 hingga ke 17 tahun . Di sini di tempatkan cuma anak anak yang masih bersekolah rendah dan yang bersekolah menengah mereka di tempat kan di asrama yang lain .

Pengetua: Ustaz Hamzah 
016 2516515
Jumlah pelajar: 30 orang
Alamat: No 1 Jalan Nova, U5/82 Subang Bestari 
Baju baju lama yang masih boleh di pakai ..
Baju kurung / t shirt / tudung / seluar

Tepung dan gula ..

Anak anak rumah kasih bestari sedang belajar ...
Berbual dengan pengetua ustaz hamzah ...

Penyerahan wang sumbangan ...

Syukur alhamdullillah . Banyak juga sumbangan yang kami dapat kumpulkan . Kepada penyumbang yang bermurah hati tu , Shida and committee members ucapkan ribuan terima kasih , muga anda diberkati Allah selalu ..

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

No comments:

Post a Comment