Mr NuFF

Friday, August 27, 2010

Roh di bulan Ramadhan

Untuk renungan kita bersama......



" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat
dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan
menyusulmu di kemudian hari.. Al-Fatihah buat semua muslimin dan
muslimat yang telah pergi mendahului kita"



Roh di Bulan Ramadhan



Menurut satu hadith Rasulullah.. menceritakan apabila tiba
bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz
memohon kepada Allah S.W.T  untuk kembali ke bumi.
Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang
tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun
ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan
kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara
di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka
lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat
jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2
mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan
ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan
orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan
mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya
Hari Raya Aidilfitri.Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang
semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan
oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur.
Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.
Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal
dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita
sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita
sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila
mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3
perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan
sedekah amal jariah.

No comments:

Post a Comment