Mr NuFF

Friday, August 13, 2010

Kisah tok imam....

Salam semua ,

Ari ini shida ada terima satu email cerita tentang bulan puasa  .so shida ingat nak kongsilah cerita ni
dengan you all semua . cerita dia macam ni....

Release tension jap.......
Walaupun citer nie dah lama tp kesannyer tetap membekas..kadang2 tgh
solat jemaah aku boleh senyum sorang2...sah ke solat aku ???
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau
aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh
letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit
itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.
Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat
tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah
lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut
terkejut dengan
latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan
marah mengheret aku balik ke rumah.
Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam

2 comments:

  1. kelakar pulak baca entry u ni...make me laugh like crazy..hihihi

    ReplyDelete
  2. bgn pagi..layan kejap laptop ni..hubby kat sebelah..saya terbahak2 baca..tanya hubby nak dengar tak..hmm..bacakan utk dia..dia pun terbahak2..memang kelakar..

    ReplyDelete