Mr NuFF

Sunday, July 18, 2010

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG

Sebagai pengajaran yg berguna tuk masa hadapan.......

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat
semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah
nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke
rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah
merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa
jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu
untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham
tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa
amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca
ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah..Kira-kira 10 minit
kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut
itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan
sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik
suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya
tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya
kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang
adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu,
arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50
ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya
untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa
mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong
masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6
tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya
diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan
20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara
perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata
kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara
lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar
seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya
diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan
diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk
menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah
memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak
rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan
hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain
iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima;
manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan
kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga
yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh
isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu
kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku
suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi
jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah
tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak
adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah
diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar
pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas
seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai
pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham
mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi
jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di
atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat
Islam

-she should be thankful...... she got the forgiveness from her husband-

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

No comments:

Post a Comment